GAZA: Wakil Hamas dijadual ke Kahirah pada 30 November bagi perbincangan mengenai kemungkinan adakan gencatan senjata di Gaza, kata seorang pegawai kumpulan Hamas kepada agensi berita AFP pada 29 November.
“Delegasi Hamas akan ke Kahirah untuk menghadiri beberapa mesyuarat dengan pegawai Mesir bagi membincangkan idea gencatan senjata dan perjanjian melibatkan tahanan di Gaza,” kata pegawai tersebut, yang bercakap dengan syarat...





