KUALA LUMPUR: Petugas barisan hadapan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), terutama di pintu masuk sempadan Malaysia-Singapura, akan dilengkapi kamera badan tidak lama lagi, bagi membendung gejala rasuah dan salah guna kuasa.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata cadangan tersebut adalah antara nilai tambah perkhidmatan agensi itu, selain penggunaan kod respons pantas (QR) di pintu masuk...





