Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) melahirkan harapan perniagaan Melayu/Islam akan bekerjasama untuk membantu satu sama lain menjadi lebih berjaya, dan menyeru mereka yang ingin dan berkebolehan supaya menyertai DPPMS.
Menyatakan demikian semasa sesi pertama Chamber Circle, satu inisiatif rangkaian oleh DPPMS, Presiden DPPMS, Encik Abu Bakar Mohd Nor, menyeru peluang perkongsian diteroka secara bersama demi mendapatkan pandangan berharga...





