KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 2,208 penjawat awam yang didakwa terbabit rasuah, dengan 1,070 dituduh, manakala 493 disabitkan kesalahan sejak 2020 hingga 2024 lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata ia dilakukan hasil pembukaan 725 kertas risikan; 3,765 kertas penyiasatan awam dan 2,265 kertas siasatan terhadap dakwaan...





