Sekumpulan kakitangan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) mengunjungi bilik berita Berita Harian (BH) pada 20 Februari.
Lawatan itu diketuai oleh Presiden PPIS, Profesor Madya Razwana Begum Abdul Rahim, dan turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Cik Aidaroyani Adam; Pengarah Komunikasi Korporat dan Pembangunan Sumber, Cik Noraizah Zainal Abidin; dan pasukan komunikasi PPIS.





