Membolehkan perniagaan lebih kecil mengambil lebih ramai pemegang Pas Pekerjaan (EP) dan menggajikan pemegang permit kerja dari lebih banyak negara adalah antara cadangan berkaitan buruh asing yang diutarakan oleh Anggota Parlimen (AP) pada 27 Februari.
Pada hari kedua perbahasan Belanjawan 2025, beberapa AP menegaskan, di samping meningkatkan kemahiran dan melindungi pekerja tempatan, Singapura juga memerlukan pekerja asing bagi pemindahan kemahiran...





