Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS), di bawah Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) telah melancarkan program bernilai $25 juta untuk meningkatkan keupayaan Singapura memahami dan meramalkan cuaca bandar tropika negara itu, termasuk cuaca ekstrem yang timbul daripada perubahan iklim.
Demikian dikongsi Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) pada 4 Mac.





