Kementerian Undang-undang (MinLaw) dan Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) akan menetapkan Tort Berkanun untuk menjelaskan jenis bahaya dalam talian yang termaktub di bawah undang-undang.
Tort Berkanun – iaitu salah laku yang boleh dikenakan tindakan sivil, seperti ganti rugi – akan memberi asas undang-undang yang jelas kepada mangsa yang menghadapi bahaya dalam talian.





