Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bahaya dalam talian: Usaha tetap undang-undang untuk mangsa pertanggungjawab pelaku

Mar 4, 2025 | 8:06 PM
Kementerian Undang-undang (MinLaw) dan Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) akan menetapkan Tort Berkanun untuk memberi penjelasan jenis bahaya dalam talian yang termaktub di bawah undang-undang.
Kementerian Undang-undang (MinLaw) dan Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) akan menetapkan Tort Berkanun untuk memberi penjelasan jenis bahaya dalam talian yang termaktub di bawah undang-undang. - Foto ZAOBAO

Kementerian Undang-undang (MinLaw) dan Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) akan menetapkan Tort Berkanun untuk menjelaskan jenis bahaya dalam talian yang termaktub di bawah undang-undang.

Tort Berkanun – iaitu salah laku yang boleh dikenakan tindakan sivil, seperti ganti rugi – akan memberi asas undang-undang yang jelas kepada mangsa yang menghadapi bahaya dalam talian.

Ini agar mangsa ini dapat mempertanggungjawabkan pelaku yang menyebabkan bahaya tersebut, kata Menteri Negara (Undang-undang merangkap Pengangkutan), Encik Murali Pillai.

Dalam perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi Kementerian Undang-undang (MinLaw) pada 4 Mac di Parlimen, Encik Murali berkongsi bahawa Tort Berkanun ini akan merangkumi beberapa jenis bahaya dalam talian.

Ini termasuk, antara lain, penyalahgunaan penyebaran gambar intim, katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Encik Lim Biow Chuan (Mountbatten), Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) dan Cik Nadia Ahmad Samdin (GRC Ang Mo Kio) berkenaan usaha yang telah diambil pemerintah dalam menangani bahaya dalam talian.

Ini sedang satu rang undang-undang baru akan diperkenalkan dalam beberapa bulan akan datang bagi membolehkan mangsa yang menghadapi bahaya dalam talian seperti pembulian siber mengambil tindakan sivil terhadap pelaku.

Rang undang-undang ini akan memberi kuasa penguatkuasaan kepada agensi pemerintah yang baru untuk menyokong mangsa yang menghadapi bahaya dalam talian mendapatkan bantuan undang-undang.

Agensi ini kali pertama diumumkan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dalam majlis pelancaran Negara Bijak 2.0 pada 1 Oktober 2024.

Penubuhan agensi ini dipacu hasil tinjauan SG Her Empowerment (SHE) pada 2023, yang mendapati hampir dua daripada lima (38 peratus) responden mengalami bahaya dalam talian secara peribadi.

Tinjauan itu dijalankan ke atas 1,056 warga Singapura untuk memahami kelaziman dan kesan bahaya dalam talian terhadap penduduk Singapura dan bagaimana kesan ini mungkin berbeza merentasi segmen penduduk, antara lain.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg