Air mata Farah (bukan nama sebenar) menitis perlahan ketika membaca kad Hari Raya yang ditulis oleh bapanya yang berada dalam penjara. Kata-kata rindu dan semangat dalam kad itu menyentuh ruang hatinya, mengeluarkan emosi yang lama terpendam.
“Saya sangat sedih kerana saya rindu ayah saya. Saya bersyukur dapat membaca kata-kata semangat daripadanya walaupun kami berjauhan,” ujar Farah, 14 tahun, anak sulung...





