ISTANBUL: Ribuan rakyat Turki terus membanjiri jalan-jalan utama di Istanbul untuk malam ketujuh berturut-turut dalam siri protes besar-besaran susulan penahanan Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu — tokoh pembangkang yang dilihat sebagai pencabar utama Presiden Recep Tayyip Erdogan.
Lebih 1,400 orang telah ditahan setakat ini, termasuk pelajar, wartawan dan peguam. Antara yang dibicarakan di mahkamah pada 25 Mac termasuk jurufoto agensi...





