NAYPIDAW, MYANMAR: Bumi Myanmar digoncang hebat apabila dua gempa bumi kuat melanda bandar Sagaing secara berturut-turut. Gempa pertama bermagnitud 7.7 melanda barat laut bandar Sagaing pada kedalaman 10 kilometer, disusuli gegaran susulan 6.4 magnitud hanya beberapa minit kemudian.
Gegaran ini bukan sahaja mencetuskan kemusnahan besar di Myanmar, malah turut dirasai hingga ke Thailand, Vietnam, China, Malaysia dan Kemboja.





