KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengalami gangguan dua hari berturut-turut akibat kabel perkhidmatan kereta apinya dipotong pihak tidak bertanggungjawab.
ERL dalam satu kenyataan pada 9 April mengesahkan insiden malang itu telah menyebabkan gangguan ketara kepada perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit akibat perbuatan vandalisme melibatkan beberapa siri kecurian kabel, diikuti gangguan sistem isyarat di stesen...





