SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kabel dipotong pihak tidak bertanggungjawab, khidmat ERL alami gangguan 2 hari berturut-turut

Kabel dipotong pihak tidak bertanggungjawab, khidmat ERL alami gangguan 2 hari berturut-turut

Apr 9, 2025 | 1:08 PM

Kabel dipotong pihak tidak bertanggungjawab, khidmat ERL alami gangguan 2 hari berturut-turut

Perkhidmatan KLIA Express dan KLIA Transit terjejas sejak 8 April ekoran kejadian pemotongan kabel oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Perkhidmatan KLIA Express dan KLIA Transit terjejas sejak 8 April ekoran kejadian pemotongan kabel oleh pihak tidak bertanggungjawab. - Foto KLIA.INFO

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengalami gangguan dua hari berturut-turut akibat kabel perkhidmatan kereta apinya dipotong pihak tidak bertanggungjawab.

ERL dalam satu kenyataan pada 9 April mengesahkan insiden malang itu telah menyebabkan gangguan ketara kepada perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit akibat perbuatan vandalisme melibatkan beberapa siri kecurian kabel, diikuti gangguan sistem isyarat di stesen Bandar Tasik Selatan, di Sungai Besi, Kuala Lumpur, pada 8 April.

Menyusuli itu, ERL menyediakan perkhidmatan pengantara antara stesen Putrajaya, Cyberjaya dan KL Sentral bermula 6 pagi dengan kekerapan 20 minit.

ERL berkata perkhidmatan pengantara antara stesen Salak Tinggi (Sepang, Selangor) dan Terminal 1 serta 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula 6.20 pagi dengan kekerapan 20 minit.

“Kejadian ini telah menjejaskan operasi ERL dan perjalanan penumpang ke destinasi mereka. Insiden pemotongan kabel pertama berlaku di KM48.5 antara Stesen Salak Tinggi dan KLIA Terminal 1 (T1) sekitar 6.20 pagi pada 8 April.

“Berikutan itu perkhidmatan gabungan untuk KLIA Ekspres dan KLIA Transit telah diaktifkan pada 6.58 pagi dari KLIA Terminal 2 dan 7 pagi dari KL Sentral,” kata ERL dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu menyebut pemotongan kabel kedua berlaku di KM43.1 pada 5.52 petang antara Putrajaya, Cyberjaya dan stesen Salak Tinggi menyebabkan semua tren mengalami kelewatan antara tujuh hingga 10 minit bagi masa ketibaan.

Berikutan isu teknikal itu, penumpang dinasihatkan mencari pengangkutan alternatif dan merancang perjalanan serta merujuk kepada kemas kini status perkhidmatan tren di platform X.

ERL memaklumkan pasukannya sedang berusaha memulihkan perkhidmatan tren terlibat.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg