GRC East Coast sentiasa menjadi kawasan undi yang sukar untuk dipertahankan tetapi pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yakin ia mampu memikat hati pengundi, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.
Bercakap pada sidang media untuk memperkenalkan barisan calon PAP GRC East Coast secara rasmi, Encik Tong berkata beliau yakin kepelbagaian, kesegaran dan pengalaman berbeza yang dibawa oleh pasukan...





