Calon Parti Pekerja (WP), Encik Abdul Muhaimin Abdul Malik, merupakan satu-satunya muka baru dalam pasukan yang akan bertanding di GRC Sengkang dalam Pilihan Raya Umum (GE) 2025.
Bagaimanapun, beliau sebenarnya ‘orang lama’ di kawasan undi itu.
Calon Parti Pekerja (WP), Encik Abdul Muhaimin Abdul Malik, merupakan satu-satunya muka baru dalam pasukan yang akan bertanding di GRC Sengkang dalam Pilihan Raya Umum (GE) 2025.
Bagaimanapun, beliau sebenarnya ‘orang lama’ di kawasan undi itu.
Lebih 70 kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan berpeluang menyertai pelbagai kegiatan pembelajaran sambil membina keyakinan diri menerusi edisi ketiga Karnival The Alphabet Project (TAP) pada 11 September.
Karnival selama empat jam di Kelab Masyarakat (CC) Woodlands itu menampilkan pertandingan bercerita, di samping bengkel sains, seni dan sukan.
Pernah menerima bantuan kewangan sebagai pelajar Politeknik Republic (RP), usahawan Encik Nabill Shukry Johary kini mahu membantu pelajar yang mungkin berdepan cabaran kewangan seperti yang pernah dilaluinya.
Menerusi syarikatnya, Cheekies Enterprise Pte Ltd, beliau akan menyalurkan S$10,000 bagi sebuah dermasiswa yang dijangka akan mula diberikan kepada pelajar RP pada sekitar April 2027.
Cik Rosmah Mansor, isteri bekas Perdana Menteri Malaysia yang dipenjarakan, Encik Najib Tun Razak, menarik perhatian apabila menghadiri perasmian Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2026 pada pagi 11 September, ketika perhatian tertumpu kepada keputusan permohonan pengampunan suaminya pada hari sama.
Penampilan Cik Rosmah disambut tepukan gemuruh perwakilan PAU 2026 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur, selepas Presiden Umno, Datuk...
LOS ANGELES: Gabenor California, Encik Gavin Newsom, pada 10 September menandatangani undang-undang baharu yang melarang kanak-kanak bawah 16 tahun daripada didedahkan kepada ciri media sosial yang boleh menyebabkan ketagihan serta melarang mainan yang dilengkapi bot sembang kecerdasan buatan (AI), atau chatbot.
Kedua-dua langkah itu antara 13 rang undang-undang yang diluluskan Newsom untuk melindungi golongan muda daripada risiko teknologi, termasuk meningkatkan...
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Encik Najib Tun Razak, kekal di penjara, selepas Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 11 September memutuskan untuk menangguhkan permohonan pengampunannya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri selepas mesyuarat itu, ia mengesahkan bahawa permohonan pengampunan Encik Najib telah ditangguhkan.





