Pelakon, Shukri Yahaya, mendakwa pernah ‘disidai’ di set penggambaran sehingga lapan jam semata-mata menunggu giliran berlakon gara-gara apa yang dikatakan pengurusan kerja penggambaran tidak berkesan.
Sehubungan itu, Shukri tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat penerbitan yang tidak membuat persiapan rapi hingga pelakon perlu tunggu terlalu lama di set penggambaran. Jika perkara itu berlaku, Shukri tidak teragak-agak meninggalkan lokasi penggambaran.





