SPH Logo mobile
Langgan|

Shukri Yahaya pernah kena ‘sidai’ di set penggambaran hingga 8 jam

Shukri Yahaya pernah kena ‘sidai’ di set penggambaran hingga 8 jam

Pelakon ‘Curang Tanpa Niat’ tidak akan tolak ansur dengan syarikat penerbitan yang tidak buat persiapan rapi
May 10, 2025 | 5:32 PM

Shukri Yahaya pernah kena ‘sidai’ di set penggambaran hingga 8 jam

Shukr Yahayai tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat penerbitan yang tidak membuat persiapan rapi hingga pelakon perlu tunggu terlalu lama di set penggambaran. 
Shukr Yahayai tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat penerbitan yang tidak membuat persiapan rapi hingga pelakon perlu tunggu terlalu lama di set penggambaran.  - Foto INSTAGRAM SHUKRI YAHAYA

Pelakon, Shukri Yahaya, mendakwa pernah ‘disidai’ di set penggambaran sehingga lapan jam semata-mata menunggu giliran berlakon gara-gara apa yang dikatakan pengurusan kerja penggambaran tidak berkesan.

Sehubungan itu, Shukri tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat penerbitan yang tidak membuat persiapan rapi hingga pelakon perlu tunggu terlalu lama di set penggambaran. Jika perkara itu berlaku, Shukri tidak teragak-agak meninggalkan lokasi penggambaran.

“Kalau iai tidak (terurus, saya pernah kena ‘sidai’ selama tujuh hingga lapan jam. Datang pagi, sebelah malam baru mula penggambaran.

“Ada juga (syarikat penerbitan) yang tidak tahu apa hendak buat dan arahan tidak begitu jelas. Tetapi mereka sudah panggil sejak pagi.

“Namun, semua itu dahulu, sekarang sudah tidak ada. Jika berlaku lagi, saya tidak akan berkompromi,” katanya ketika ditemui Berita Harian Malaysia (BHM) pada sesi pelancaran siri terbaru lakonannya, yang ditayangkan aplikasi Tonton, berjudul Bru, i.

Shukri berkata semua pihak perlu bersikap profesional dan menghormati masa orang lain.

“Selepas ini, mungkin dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi, saya akan bekerja semula dengan mereka (syarikat penerbitan bermasalah). Tetapi, tidaklah sampai ‘banned’ mereka,” katanya.

Mengulas kerjasama dengan Nik Amir Mustapha dalam siri Bru, Shukri mengaku semuanya lancar kerana pengarah ada visi dan mampu beri arahan dengan jelas.

“Nik Amir sangat profesional. Dia tidak pernah buang masa. Maknanya, ketika di set, dia sudah tahu apa yang hendak dibuat.

“Dia juga sudah tetapkan masa untuk babak tertentu. Jadi, apabila datang. saya ikut sahaja. Berlakon dengan dia pun tiada tekanan, semuanya lancar,” katanya lagi.

Siri Bru yang sudah mula menemui penonton sejak 1 Mei lalu turut menampilkan pelakon seperti Amerul Affendi dan Siti Hariesa.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg