Majlis pelancaran Coffee Bus bersama Menteri Negara (Pengangkutan merangkap Undang-undang), Encik Murali Pillai (tiga dari kiri), dan Setiausaha Eksekutif NTWU, Cik Yeo Wan Ling (empat dari kiri), di Pusat Pertukaran Bas Toa Payoh pada 14 Mei.
SingapuraMay 14, 2025 | 9:54 PM

Kesatuan hargai pekerja pengangkutan awam dengan ‘kafe bergerak’

Lebih 2,000 kakitangan pengangkutan awam akan menerima hidangan kopi dan makanan ringan percuma di 12 lokasi berbeza dalam tempoh tiga minggu akan datang, disajikan daripada Coffee Bus milik Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan (NTWU).

Konsep itu pertama kali diperkenalkan pada 1970-an bagi menyediakan makanan ringan dengan harga berpatutan kepada pemandu bas semasa waktu rehat antara syif mereka, sebelum digantikan dengan kantin...

Pihak polis menerima laporan berhubung satu kejadian kebakaran di luar sebuah masjid yang terletak di 80 Raffles Place pada sekitar 9 malam, 25 September.
SingapuraSep 26, 2026 | 3:41 PM

Lelaki didakwa cetus kebakaran di depan masjid di UOB Plaza

Seorang lelaki Cina berumur 50 tahun akan dihadapkan ke mahkamah pada 26 September kerana didakwa mencetus kebakaran di pintu masuk sebuah masjid.

Dalam satu kenyataan awal pagi 26 September, pihak polis memaklumkan mereka menerima laporan berhubung satu kejadian kebakaran di luar sebuah masjid yang terletak di 80 Raffles Place pada sekitar 9 malam, 25 September.

parti bersama malaysia
MalaysiaSep 26, 2026 | 5:30 AM

Parti Bersama mampu beri saingan menang kerusi bandar

Ketika blok politik utama giat merundingkan potensi kerjasama, Parti Bersama Malaysia (Bersama), setakat ini memilih pendekatan berani dengan bergerak dan bertanding secara bersendirian, tanpa mahu terikat dengan mana-mana pakatan.

Pendirian teguh parti itu untuk bergerak solo bukan sahaja menawarkan alternatif kepada pengundi, malah penganalisis melihatnya berpotensi muncul sebagai kuasa ketiga yang mencabar dominasi parti arus perdana.

PH bersatu kerjasama
MalaysiaSep 26, 2026 | 5:30 AM

PH boleh tarik undi Melayu jika kerjasama dengan Bersatu

Pernah menjadi sekutu dalam gabungan yang sama pada Pilihan Raya Umum ke-15, pada 2018, sebelum berubah menjadi seteru pada awal 2020, selepas pergolakan politik dikenali sebagai Langkah Sheraton.

Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini dilihat kembali ke arah membina semula kerjasama strategik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

kerjasama politik BN PN
MalaysiaSep 26, 2026 | 5:30 AM

Kerjasama BN/PN mampu buka laluan ke Putrajaya

Daripada dua blok politik yang bersaing untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu dan menjadi seteru, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) kini semakin terbuka untuk meneroka ruang kerjasama.

Pada Muktamar Tahunan Parti Islam SeMalaysia (PAS) ke-72 yang berakhir pada 5 September lalu, parti itu menyatakan kesediaan untuk meneroka kerjasama politik dengan Umno/BN menerusi agenda penyatuan ummah.

masjid ar-raudhah
SingapuraSep 26, 2026 | 5:30 AM

Semangat kesukarelawanan sokong tabung peningkatan Masjid Ar-Raudhah

Sebuah masjid bukan sekadar tentang bangunan, bahkan tentang insan-insan yang sentiasa ada di sebaliknya.

Setiap tenaga yang disumbang, setiap nilai yang dihulur dan setiap masa diluang, menjadi sebahagian usaha bersama dengan terus menghidupkan Masjid Ar-Raudhah.

Skuad Singa sedia berdepan Indonesia
Play Video

S’pura, 3 negara lain calonkan tarian zapin sebagai warisan Unesco
Play Video

Ikuti liputan Piala Asean Fifa oleh BH dari Indonesia
Play Video

[OMGxBH] Jom sertai komuniti Telegram OMGxBH!
Play Video

[OMGxBH] 3 tip oleh Coach Irfan untuk PSLE
Play Video