Jenama tempatan Ashes Burnnit, yang dikenali ramai dengan burger gaya gourmet pada harga berpatutan, melakarkan konsep baru, Ashes X, di dua cawangan terkininya, Canberra dan Sengkang.
Diasaskan oleh Encik Lee Syafiq Muhd Ridzuan Lee, Ashes Burnnit telah beroperasi selama lebih enam tahun dan kini mempunyai sembilan cawangan di seluruh Singapura.





