Angkatan udara Singapura dan Indonesia menandakan 45 tahun hubungan pertahanan dengan latihan bersama di Indonesia bermula minggu ini yang melibatkan lebih 100 anggota.
Latihan dwitahunan Elang Indopura yang berlangsung dari 13 hingga 26 Mei di Pangkalan Tentera Udara Roesmin Nurjadin, Pekanbaru, dikendalikan oleh Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan Angkatan Udara Indonesia (TNI AU).





