RANTAU PANJANG (Kelantan): Taktik licik sindiket penyeludupan dadah menyeludup 55.9 kilogram (kg) dadah jenis ganja menggunakan 13 kotak kononnya mengandungi coklat dan teh akhirnya tumpas selepas dirampas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini, pagi 19 Mei.
Rampasan membabitkan nilai keseluruhan lebih RM2 juta ($604,008) itu dilakukan Batalion 9 dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Daerah...





