Syarikat pengeluar makanan beku halal, Pondok Abang, terus giat memperluas perniagaannya dan membuka satu lagi cawangan gerai makan baru-baru ini di kawasan utara.
Gerai menjual makanan Melayu yang terletak dalam Kedai Kopi di 925 Yishun Central 1, merupakan yang ketiga di samping cawangannya yang lain di Clementi dan Kebun Bunga Singapura.





