KUALA LUMPUR: Malaysia sebagai Pengerusi Asean 2025 melakar pencapaian penting pada Sidang Puncak Asean ke-46, melalui pemeteraian Deklarasi Kuala Lumpur Asean 2045: Our Shared Future (Masa Depan Bersama) yang menjadi visi strategik jangka panjang bagi memacu komuniti Asean secara menyeluruh.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata deklarasi itu membawa hala tuju baru Asean pasca 2025, merangkumi empat tonggak...





