Melihat keghairahan Nur Quraisha Misngat mengikuti kegiatan dalam kelas seperti bermain, membaca dan menari, sukar membayangkan kanak-kanak berumur lima tahun itu pernah melalui fasa enggan ke sekolah.
Antara 2022 dengan 2024, anak bongsu empat beradik itu hanya ke sekolah satu atau dua hari dalam sebulan.
Namun keadaan mula berubah sejak pertengahan 2024, apabila ibunya, Cik Nur’Ain Osman, 38 tahun, menjadi...





