KUALA LUMPUR: Seorang bayi berusia tujuh bulan yang ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan kebiruan di rumah keluarganya pada 30 Julai lalu, disahkan meninggal dunia akibat tengkorak retak, dipercayai akibat penderaan berterusan oleh ibu angkatnya sejak sebulan lalu.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, berkata suspek dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan tangisan bayi perempuan itu.





