Parti Kemajuan Singapura (PSP) mengalu-alukan usaha pemerintah memberikan “sokongan segera” kepada lulusan baru yang mungkin menghadapi cabaran mendapatkan pekerjaan pertama mereka dalam ekonomi yang terganggu kecerdasan buatan (AI).
Usaha itu merangkumi penambahbaikan pada Program Peningkatan SkillsFuture dan program pelatih baru yang dibiayai pemerintah bagi lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik dan universiti yang diumumkan semasa Rapat Hari Kebangsaan 2025 (NDR2025)...





