Sejarah membuktikan bahawa tiada insan yang lebih mulia, tiada pendidik yang lebih agung dan tiada guru yang lebih sempurna daripada Rasulullah saw.
Baginda bukan sahaja diutuskan sebagai Rasul yang terakhir kepada umat, malah sebagai pendidik yang mengajar manusia cara hidup yang betul dan jalan menuju keredaan Allah swt.





