Kesukaran mencari kerja dalam bidang kejuruteraan 23 tahun lalu telah bertukar menjadi kisah kejayaan di luar dugaan bagi anak Melayu kelahiran Singapura, Encik Ewan Irwan, di sebuah perkampungan kecil di Perancis.
Encik Ewan, 51 tahun, mula merantau ke Perancis pada usia 28 tahun bersama mantan isterinya ketika itu, yang berasal dari negara tersebut, dengan harapan dapat bekerja sebagai jurutera.





