Enjin carian berkuasa kecerdasan buatan (AI) dijangka mempercepatkan penyelidikan undang-undang dan mengurangkan lebih tiga perempat masa semua peguam di Singapura yang melanggani platform penyelidikan undang-undang LawNet.
Dibangunkan dengan kerjasama Akademi Undang-Undang Singapura, alat baru itu membolehkan peguam bertanya soalan penyelidikan mengenai undang-undang dan menerima respons dalam konteks yang relevan.





