BANDAR GAZA: Bandar Gaza sekali lagi menjadi medan pertempuran sengit apabila tentera Israel melancarkan pengeboman besar-besaran pada malam 15 September sebelum kereta kebalnya mara ke pusat bandar, mencetuskan penghijrahan beramai-ramai penduduk Palestin.
Menurut laporan media Palestin, sebanyak 37 serangan dilancarkan dalam tempoh hanya 20 minit, melibatkan dron, helikopter Apache dan artileri.





