Semasa Cik Sherlita Almeyra Sherhan berada di sekolah menengah, beliau menyedari ramai belia tidak mengetahui tentang peluang menawarkan khidmat sukarela meskipun terdapat banyak peluang sedemikian yang dijalankan di bawah inisiatif seperti M Kuasa Tiga (M3).
Oleh itu, beliau bersama rakan-rakannya memutuskan untuk lebih giat melibatkan diri dalam kerja sukarela dan menyertai pelbagai inisiatif masyarakat.





