Kementerian Kesihatan Malaysia sedang meneliti kemungkinan mengambil jururawat dari luar negara bagi menangani kekurangan kira-kira 8,000 jururawat di seluruh negara.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kementeriannya tidak menolak sebarang pilihan, namun menunggu permohonan rasmi sebelum membuat keputusan, memandangkan proses latihan jururawat tempatan memerlukan masa panjang.





