Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) berkata ia sedang menyemak semula protokolnya susulan kontroversi baru-baru ini berhubung penangkapan anjing liar di sebuah ladang di Seletar West.
Video penangkapan tersebut, yang dijalankan kontraktor pengurusan haiwan AVS di bawah pengawasan kakitangan AVS, telah dimuat naik ke Instagram pada 14 November.





