Episod siasatan dakwaan rasuah yang dikaitkan dengan mantan pegawai kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kian hangat selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu untuk siasatan kes itu.
Mereka yang ditahan ialah mantan Setiausaha Politik Kanan Datuk Anwar yang dikaitkan dengan dakwaan menerima rasuah dalam pelbagai bentuk perbelanjaan lebih RM600,000 ($188,113), Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.





