GAZA: Selepas dua tahun peperangan dan kemusnahan meluas, pelajar Universiti Islam Gaza kembali menghadiri kuliah bersemuka, satu langkah yang menandakan tekad rakyat Gaza untuk meneruskan pendidikan walaupun kampus mereka rosak teruk akibat serangan Israel.
Bangunan universiti yang retak, sebahagiannya musnah dan sebahagian lain menempatkan keluarga pelarian, kembali dipenuhi ratusan pelajar pada 29 November lalu – satu pemandangan yang mencerminkan usaha...





