Diyanah Aqidah Muhammad Dian Khudhairi dan Nicholas Khaw telah meraih pingat emas pertama Singapura di Sukan SEA Thailand.
Mereka menewaskan Vietnam dengan kiraan mata 8.67 - 8.44 dalam acara regu campuran poomsae (seni) yang berlangsung di Fashion Island Mall di Bangkok pada 10 Disember, hari pertandingan rasmi pertama di temasya sukan dwitahunan yang berlangsung dari 9 hingga 20 Disember.





