Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Diyanah, Nicholas rangkul pingat emas pertama negara

Duo taewondo tewaskan Vietnam dalam acara seni regu campuran
Dec 10, 2025 | 2:18 PM
Nicholas Khaw, Diyanah Aqidah, sea games, singapore, taekwondo
Pasangan regu campuran (seni) taekwondo negara, Nicholas Khaw (kiri), dan Diyanah Aqidah, memenangi pingat emas pertama Singapura pada Sukan SEA 2025 selepas menewaskan regu campuran dari Vietnam. - Foto BH oleh KHALID BABA

Nur Diyanah Aqidah Muhammad Dian Khudhairi dan Nicholas Khaw telah meraih pingat emas pertama Singapura di Sukan SEA Thailand.

Mereka menewaskan Vietnam dengan kiraan mata 8.67 - 8.44 dalam acara regu campuran poomsae (seni) yang berlangsung di Fashion Island Mall di Bangkok pada 10 Disember, hari pertandingan rasmi pertama di temasya sukan dwitahunan yang berlangsung dari 9 hingga 20 Disember.

Kemenangan dalam acara itu lebih manis bagi Diyanah, yang pernah memenangi pingat gangsa bagi acara yang sama pada Sukan SEA 2023 dan memburu pencapaian lebih baik kali ini.

Kejayaan kali ini juga dikecapi dalam keadaan yang lebih mencabar, dengan pasangan warga Singapura itu menghadapi persaingan sengit sejak awal pertandingan.

Mereka menewaskan pasangan Laos di peringkat suku akhir selepas meraih 8.41 mata berbanding kiraan 8.04 mata untuk lawan.

Menyusuli itu, mereka berjaya mengatasi pasangan dari Filipina di peringkat separuh akhir dengan kiraan mata 8.62 – kelebihan hanya 0.1 mata berbanding lawan yang mengutip 8.52 mata.

Rakan sepasukan mereka dalam acara poomsae individu bebas turut menambah kepada pungutan pingat Singapura pada pagi yang sama.

Nicole Alethea Khaw berjaya meraih pingat perak dalam acara poomsae individu bebas wanita, dengan kutipan 7.18 mata.

Bagi acara poomsae individu lelaki pula, Daren Yap mengutip 7.66 mata untuk merangkul pingat gangsa.

Buat masa ini, Singapura telah memenangi lima pingat – satu emas, satu perak dan tiga gangsa.

Dua lagi gangsa dimenangi oleh pasukan badminton.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg