PARIS: Sebanyak 14 negara, termasuk Perancis, Britain, dan Jerman, mengutuk kelulusan terbaru Israel terhadap penempatan baharu Yahudi di Tebing Barat.
“Kami, negara-negara Belgium, Canada, Denmark, Perancis, Jerman, Italy, Iceland, Ireland, Jepun, Malta, Belanda, Norway, Sepanyol dan United Kingdom, mengutuk kelulusan oleh Kabinet Keselamatan Israel terhadap 19 penempatan baharu di Tebing Barat yang diduduki,” menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh kementerian...





