Johor terus kukuh sebagai destinasi pelaburan strategik serantau susulan dialog pelaburan peringkat tinggi di China yang berjaya menghimpunkan puluhan syarikat utama dari sektor bernilai tinggi.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menjelaskan pertemuan itu membuka ruang perbincangan terbuka mengenai hala tuju pembangunan negeri, sambil mendengar terus pandangan dan jangkaan pelabur antarabangsa terhadap dasar utama negeri, khususnya pelaksanaan Zon Ekonomi...





