NPC ialah sejenis barah yang berpunca daripada nasofarinks, iaitu bahagian atas tekak yang terletak di belakang hidung.
Oleh sebab itu, ia kadangkala dirujuk sebagai barah hidung.
Virus Epstein-Barr (EBV) memainkan peranan utama dalam kadar kejadian NPC yang tinggi di Asia Tenggara, khususnya di kawasan endemik.
Anggota keluarga terdekat pesakit NPC, seperti ibu bapa atau adik-beradik, mempunyai risiko lebih tinggi untuk...




