Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) pada 27 Januari melantik Timbalan Menteri Kewangan, Thomas ‘Tommy’ Aquinas Djiwandono, yang juga anak saudara Presiden Prabowo Subianto, sebagai Timbalan Gabenor Bank Indonesia (BI).
Pelantikan Encik Tommy diluluskan sebulat suara oleh ahli Parlimen dalam satu sidang pleno, selepas beliau menjalani ujian kelayakan dan kesesuaian bersama Suruhanjaya XI DPR yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal kewangan dan perkhidmatan...





