Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) mengalami kerosakan pada ekornya semasa cuba mendarat di Lapangan Terbang Changi selepas tiba dari Manila di tengah-tengah keadaan berangin pada 24 Januari.
Kesemua 256 penumpang dan 16 anak kapal Airbus A350-900, penerbangan SQ917, keluar daripada pesawat seperti biasa, kata jurucakap SIA kepada The Straits Times (ST) pada 27 Januari.





