JAKARTA/BANGKOK/NEW DELHI – Penularan virus Nipah yang membawa maut di negeri Bengal Barat, India, mencetuskan kebimbangan di beberapa negara Asia, mendorong pihak berkuasa kesihatan memperketat saringan di lapangan terbang serta pintu masuk sempadan bagi mengelakkan penularan rentas negara.
Thailand, Nepal dan Indonesia antara negara yang meningkatkan langkah pengawasan kesihatan susulan pengesahan dua kes jangkitan virus Nipah di Bengal Barat sejak...





