Bulan Ramadan kali ini dirasai berbeza oleh pelakon veteran, Rafaat Hamzah, 60 tahun, dan isterinya Cik Alisa Abu Bakar, 45 tahun, yang baru berpindah ke Yogyakarta, Indonesia, pada Januari lalu.
Bagi pasangan itu, Ramadan di perantauan lebih bersifat rohani dan tenang, jauh daripada hiruk-pikuk bazar dan kesibukan kota Singapura.





