KUALA TERENGGANU: Exco Terengganu, Datuk Hanafiah Mat, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada 24 Februari, atas dua pertuduhan menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan suapan membabitkan ahli keluarganya.
Tertuduh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman...





