KUALA LUMPUR: Sebuah pertubuhan yang dibentuk bersama jawatankuasa sebuah masjid dan sering membuat tajaan berbuka puasa menjadi pertubuhan kemanusiaan terkini yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sejak 2025, SPRM sudah menyiasat dan menyerbu tiga badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan bantuan kemanusiaan, termasuk sebuah badan terkenal yang mengutip sumbangan untuk Gaza.





