Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) telah melancarkan video sempena Hari Raya Aidilfitri yang menekankan peri penting menghargai hubungan kekeluargaan dalam era digital sekarang.
Diterbitkan dengan kerjasama agensi DSTNCT, video bertajuk Kisah Musim Raya itu menampilkan pelakon Nur Sabrina Nasir sebagai Aisyah, seorang gadis yang terlalu taksub dengan telefon pintar dan media sosial sehingga mencetuskan kekacauan sewaktu keluarganya sedang sibuk...





