Suasana Hari Raya semakin hangat dirasakan di sana sini, termasuk di dalam MRT dan beberapa perkhidmatan bas.
Dari 16 Mac hingga 3 Mei, penumpang akan ‘disambut’ dengan hiasan Lebaran dalam kereta api terpilih di kesemua enam rangkaian rel serta perkhidmatan bas 30, 51, 67, 147, 190, 960 dan 963.





