Sentuhan Syawal hiasi tren, bas awam  

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sentuhan Syawal hiasi tren, bas awam  

Mar 16, 2026 | 7:51 PM

Sentuhan Syawal hiasi tren, bas awam  

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
MRT, Hari Raya, Wan Rizal Wan Zakariah, LTA, Malay Heritage Centre, Taman Warisan Melayu
Pengurus Besar di Taman Warisan Melayu, Encik Mohamed Hafiz Shariff (kiri), memberi taklimat kepada Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah (tengah), di dalam sebuah tren bertemakan Hari Raya yang menuju dari Stesen Marina South Pier ke Stesen MRT City Hall pada 16 Mac. - Foto ST

Suasana Hari Raya semakin hangat dirasakan di sana sini, termasuk di dalam MRT dan beberapa perkhidmatan bas.

Dari 16 Mac hingga 3 Mei, penumpang akan ‘disambut’ dengan hiasan Lebaran dalam kereta api terpilih di kesemua enam rangkaian rel serta perkhidmatan bas 30, 51, 67, 147, 190, 960 dan 963.

Ia hasil kerjasama oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dengan Taman Warisan Melayu dan pengendali pengangkutan awam – termasuk SMRT, SBS Transit, Tower Transit Singapore, dan Go-Ahead Singapore.

Menurut kenyataan oleh LTA pada 16 Mac, pengangkutan awam dihias sebagai meraikan tradisi serta mencerminkan kepentingan menjalin hubungan keluarga dan komuniti semasa Hari Raya Aidilfitri.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg